Friday 30 March 2012

WHO ANIFAH AMAN?

 

 

Sunday, May 25, 2008


ANTARA URA-URA LOMPAT PARTI DAN TUNTUTAN LAYANAN YANG BERPAKSI SEMANGAT KEMERDEKAAN


BULETIN Utama TV3 malam Jumaat (16 Mei) menyiarkan laporan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan melawat Sabah penghujung bulan ini -- dikatakan untuk menangani beberapa isu semasa, termasuk cerita lompat parti penyokong kerajaan, pendatang tanpa izin (PTI) dan pembangunan infrastruktur.Lawatan itu tentunya dinantikan penuh “excited” oleh pemimpin dan rakyat Sabah, berikutan banyaknya isu tertangguh yang menanti jawapan dan penyelesaian di pihak Kerajaan Persekutuan.Malahan, sejak seminggu lalu, kebanyakan akhbar tempatan di Sabah dan juga media online memberi fokus kepada cerita pemimpin Sabah yang menyuarakan bermacam tuntutan mengenai pelbagai hal dan isu semasa.Seperti biasa, saya turut membaca akhbar dan melayari internet setiap kali ada kesempatan. Apa yang saya dapati, semakin ramai pemimpin berani tampil memberi komen, pandangan dan ulasan mereka secara terbuka dan berterus-terang. Akhbar-akhbar juga bersikap terbuka dengan menyiarkannya mengikut keutamaan dan berasaskan kepada nilai berita itu sendiri.Apa yang disuarakan oleh mereka meliputi banyak isu, kebanyakannya isu tertangguh, misalnya soal royalti minyak, pendatang tanpa izin (PTI), soal pembangunan infrastruktur serta hak dan peranan orang Sabah dalam sistem pentadbiran kerajaan.Kira-kira dua minggu lalu, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menyangkal dakwaan akan melompat parti, tetapi membayangkan tidak salah “berpindah dari banglo besar ke rumah teres” jika ia untuk kebaikan dan membawa keselesaan.Anifah turut menyifatkan dakwaan ada penyokong kerajaan yang akan lompat parti sebagai satu penghinaan kepada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah. Yang sedihnya, kata beliau, isu-isu berkepentingan rakyat Sabah kini tenggelam ekoran adanya dakwaan ada Ahli Parlimen BN akan melompat parti. Kenyataan beliau itu mendapat reaksi pelbagai pihak, termasuk dari kalangan pemimpin BN Sabah sendiri. Umumnya, ulasan mereka sependapat dengan isu serta perkara yang dibangkitkan oleh Anifah, malah ada yang memberi kredit kepadanya atas kelantangan suara yang berdasarkan fakta itu.Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh, juga merupakan antara pemimpin Sabah yang begitu lantang bersuara di dalam Dewan Rakyat mengenai isu Sabah. Beliau mahu supaya segala luahan dan keluhan rakyat Sabah mengenai pelbagai isu tidak dipandang ringan oleh kerajaan kerana ia boleh membawa implikasi besar pada pilihan raya akan datang.Sambil merujuk kenyataan Anifah sebelum itu sebagai mencerminkan sentimen rakyat Sabah, Ghapur tidak mahu orang Sabah dianggap sebagai mengarut.Ghapur turut menyifatkan jawatan Timbalan Menteri yang diberi kepadanya dan Anifah, sebagai suatu penghinaan kerana Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula Kerajaan Persekutuan sekarang.Berikutan kelantangan suara pemimpin Sabah di Parlimen, maka timbul pula cerita mengenai ura-ura penyokong BN melompat parti. Beberapa nama dikaitkan, tetapi sebahagian mereka sudahpun menafikannya.Sewaktu diminta mengulas ura-ura itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, memberi jaminan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dari negeri ini tidak akan berpaling tadah kepada pakatan pembangkang.''Kita yakin mereka adalah wakil rakyat yang berwibawa dan tidak mudah dijual beli. Mereka sebelum ini dipilih oleh rakyat atas nama BN dan tidak boleh bertukar begitu sahaja," katanya.Keyakinan Musa itu turut dikongsi oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan, yang menyatakan bahawa usaha menjatuhkan kerajaan BN tidak akan berjaya.Pairin menjelaskan bahawa pengalaman kerajaan negeri dijatuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1994 adalah satu senario politik yang jauh berbeza berbanding hari ini.Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menafikan spekulasi baru kononnya terdapat parti komponen dari Sabah akan menyertai pakatan pembangkang dalam masa terdekat.Pertengahan minggu lalu, ura-ura lompat parti itu hangat dibualkan, malah dikatakan turut disebar menerusi khidmat pesanan ringkas ISMS) di sekitar lobi Parlimen.Cerita itu menjadi lebih panas berikutan kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, yang dilapor memberi tempoh sehingga Ogos bagi penyelesaian ke atas beberapa isu tertangguh membabitkan kepentingan rakyat Sabah.Yong dikatakan menemui Perdana Menteri pada Selasa, tetapi sebuah laman web yang menemuramahnya memetik beliau sebagai berkata: “Saya cuma mendapat penegasan semula daripada pertemuan itu dan tiada sesuatu yang kukuh diberikan.”Baginya, isu lompat parti itu sebenarnya berkait soal pelaksanaan janji-janji pembangunan untuk Sabah yang sudah ketinggalan selama 20 tahun.Terbaru, tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu turut dikaitkan dengan ura-ura lompat parti, biarpun beliau (Pandikar Amin) sudahpun memberi penjelasan bahawa tindakanya itu adalah untuk memberi tumpuan kepada tugas barunya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.Dengan hakikat Yong memberi tempoh sehingga Ogos dan Anwar pula memberi tarikh sebelum 16 September sebagai perubahan politik di Sabah, tidak hairanlah isu lompat parti ini akan terus mewarnai pentas politik Sabah dalam beberapa minggu ke hadapan ini.Secara peribadi, saya juga telah memberikan komen mengenai perkara yang dibangkitkan dalam akhbar di Sabah pada 12 Mei lepas, dengan menyatakan bahawa Kerajaan Pusat kena mengambil perhatian terhadap segala isu yang dibangkitkan oleh pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah.Ini kerana apa yang disuarakan oleh pemimpin tersebut sebenarnya mewakili sentimen orang Sabah.Bagi saya, kerajaan kena mengambil tindakan sewajarnya. Jangan pandang ringan terhadap rungutan yang dibuat, sebaliknya mengambil langkah drastik.Lagipun, layanan yang dituntut adalah selari dengan semangat kemerdekaan dan berasaskan

Thursday 29 March 2012

SUDUT RENUNGAN


RASUAH POLITIK,PERSEPSI ATAU REALITI




Perdebatan yang disiarkan secara langsung dari   Auditorium Kompleks Karangkraf, Shah Alam,petang tadi di hadiri oleh beberapa orang ahli Panel. Antaranya   Rafizi Ramli ( ketua strategi PKR), Datuk Shukri Abdullah (SPRM), Dr Chandra Muzaffar (NGO) dan Datuk Rahman Dahlan Ahli Jawatankuasa Parlimen dalam menangani rasuah ,juga ahli parlimen Kota Belud.

Boleh ikuti perdebatan itu melalui :http://www.mobtv.my/

 

Thursday, March 29, 2012


AJARAN 'AYAH PIN' LUMPUH








Kawasan perkampungan ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.

Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di ‘perkampungan langit’ itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini, lapor Berita Harian.

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” beberapa penduduk kampung yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata.

Kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.

Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang ‘kesaktian’ selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.

Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.

Harian itu difahamkan, sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.

Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut.

Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Salleh dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasa jabatan berkenaan sudah diarah melakukan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.

Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan dilakukan ajaran itu sudah dihentikan, tetapi pengikut tegar masih menetap di perkampungan

 

 

HUTANG KERAJAAN PUSAT MELEBIHI 55% KDNK?




"Hutang Kerajaan Persekutuan sehinggaDisember 2011 adalah sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK). Daripada jumlah ter sebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilionatau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilionatau 4.0% merupakan hutang luar negeri."

Berikut adalah soalan lisan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr DZulkefly Ahmad kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.




Soalan lisan saya kepada Menteri Kewangan bersabit jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dan ‘contingent liabilities’ (tanggungan pinjaman dijamin) kerajaan Pusat, pada tarikh 26 hb Mac baru saya terima secara bertulis di parlimen sehari lalu.

Berikut adalah jawapan Kementerian berserta dengan ulasan saya berhubungan dengan cara Kerajaan Persekutuan mengurus kewangan dan khazanah kekayaan Negara.

Hutang Kerajaan Persekutuan sehinggaDisember 2011 adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK). Daripada jumlahter sebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilionatau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilionatau 4.0% merupakan hutangluarnegeri.

Juga disebutkan bahawa hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).

Kerajaan dari semasa kesemasa memberikan jaminan kepada badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan diberikan di bawah Akta Jaminan Pinjaman 1959.

Sehingga 31 Disember 2011, jumlah ‘contingent liability’ Kerajaan Persekutuan iaitu baki pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan adalah sebanyak RM116.76 bilion terdiri dari RM109.14 bilion (93.5%) dan pinjaman luar RM7.62 bilion (6.5%). Dikatakan bahawa pinjaman melibatkan 2 badan berkanun dan 26 syarikat berkaitan Kerajaan.

Pertama-tamanya hutang kerajaan Pusat telah melonjak dari RM146 bilionpada 2002, RM242 bilion pada tahun 2006 dan kini RM 456.1 bilion pada hujung 2011.Dalam 5 tahun sahaja, hutang Kerajaan Pusat telah melonjak hampir 100%.

Paling merunsingkan pelbagai pihak analysts, adalah perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’.

Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Pusat telah menerbit pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan.Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap sebagai hutang kerajaan Pusat. Inilah hutang yang telah meningkat ke paras RM116.76 bilion dari paras RM84.3 bilion dalam tahun 2009 –meningkat lebih 15%.

Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan mencecah 65% KDNK. Dengan kata lain, Kerajaan Pusat telah melanggari Akta Pinjaman(Local) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan (1983).

Contoh terbaik yang menjadikan pertikaian Laporan Ketua Audit Negara ialah jaminan pinjaman yang diberikan kerajaan Pusat kepada badan berkanun PTPTN yang meminjam RM17.0 bilion dan Syarikat Prasarana Negara Berhad sebanyak RM9.1 bilion. Senarai termasuk jaminan kepada MAS, 1-MDB, Sime-Darby dll.

Dengan berlatarbelakangkan beban hutang yang tertera di atas termasuk ‘contingent liabilities’, persoalan besarnya ialah apakah layak dan wajar PM Najib antara lainnya:

(i) Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta setelah Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya?

(ii) Membebankan Kerajaan Pusat dengan lebihan perbelanjaan RM3.4 bilion ketika membuat satu keputusan ‘flip-flop’ ketika kembali kepada Skim Baru SSM (kos RM6 bilion), setelah SBPA (kos RM2.6 bilion) termeterai dan dilaksanakan hampir 3 bulan dan telah membabitkan pembayaran kepada 580,000 pesara dan yang lainnya?

(iii) Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu yang setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan?

Apakah ini caranya PM Najib selaku Menteri Kewangan mahu meyakinkan rakyat dan pembayar cukai (tax-payers) bahawa beliau layak diberi mandat untuk mengurus kewangan negara dan khazanah kekayaan Negara.

Jelasnya beliau secara konsisten mengutamakan Kroni-kroni dan Membebankan Rakyat! Malang buat rakyat!

Dr Dzulkefly Ahmad,

Ahli Parlimen Kuala Selangor

 

 

AZIZ BARI RAMAL, RAMALAN DAIM ZAINUDDIN BOLEH MENJADI KENYATAAN




Kenyataan dan ramalan Daim Zainuddin bahawa BN hanya 'kuat' di tiga buah negeri iaitu, Melaka, Johor dan Pahang 'imngkin' boleh menjadi kenyataan berikutan kredibiliti Daim yang dikatakan 'dekat' dengan pemimpin politik tertentu, serta saudagar dan agen risikan.

Ramalan itu diulas oleh Profesor penuh kontrovesi Dr. Aziz Bari juga seorang yang sebelum ini dilaporkan sebagai 'pakar'parlembagaan negara. Ulasan beliau itu dikeluarkan melalui harakah daily.



TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar)ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.
“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.

Tuesday 27 March 2012

JASAMU TETAP DIKENANG




Nama: Datuk Anifah Aman
Tarikh Lahir: 16 November 1953
Tempat Lahir: Keningau, Sabah.

DATUK Anifah Aman, calon Majlis Tertinggi (MT) dari Sabah hanya mempunyai satu misi untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti September depan. Beliau berkata, misi utamanya ialah untuk mengetengahkan isu-isu yang berhubung kait dengan hal-hal pendapatan dan tahap sara diri penduduk luar bandar khususnya di negeri Sabah. "Ini adalah perkara pokok atau agenda utama yang saya akan perjuangkan bagi membawa ekonomi orang Melayu khususnya di Sabah ke arah yang lebih baik pada masa hadapan,'' katanya.

Jawatan sebagai ahli MT adalah landasan terbaik untuk membahaskan isu yang lebih menjurus kepada permasalahan ekonomi orang Melayu yang menghuni di kawasan pedalaman dan luar bandar.
Beliau yakin dengan misi tersebut, apatah lagi apabila diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Justeru, beliau mempunyai tanggungjawab dan peranan besar bukan sahaja kepada Kerajaan Pusat, malah kepada seluruh rakyat termasuk di Sabah. Anifah yang mendapat pendidikan awal di Beaufort dan kemudiannya di peringkat menengah di Maktab Sabah, Kota Kinabalu, mula menyertai politik sebagai ahli jawatankuasa sementara UMNO Bahagian Beaufort pada 1991.

Selain sibuk dalam dunia perniagaan, lulusan ijazah sarjana dalam falsafah ekonomi dan undang-undang dari University of Buckingham, United Kingdom pada tahun 1979 ini masih mampu menumpukan kepada politik dengan serius.

Justeru, beliau menunjukkan keterampilan dan kesungguhan untuk bersama-sama menguatkan UMNO Beaufort dan ketekunannya itu mencuri perhatian pucuk pimpinan parti, lantas diberi kepercayaan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya 1994.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila tewas di kerusi DUN Klias dalam satu pertandingan sengit antara Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu, Datuk Lajim Ukin yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 405 undi.

Kekalahannya dalam pilihan raya 1994 itu tidak melemahkan semangat beliau untuk terus menyumbangkan khidmat dan tenaga dalam parti dan seterusnya dipilih sebagai Bendahari UMNO Bahagian Beaufort pada 1994.

Dengan kewibawaan kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau selepas itu, Anifah sekali lagi diberi peluang pada pilihan raya 1999 untuk bertanding kerusi Parlimen Beaufort dan memenanginya. Beliau seterusnya dipilih sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada penggal 2001-2003.

Beliau tidak mempertahankan jawatannya itu apabila bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan memenanginya pada pemilihan parti baru-baru ini. Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, Anifah mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada pemimpin lain bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort, manakala beliau pula bertanding di kerusi Parlimen Kimanis.

Selepas memenangi pilihan raya umum 1999 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama. Pada Mac lalu beliau mengekalkan jawatan itu dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beliau berkahwin dengan Datin Siti Rubiah Datuk Abdul Samad dan dikurniakan tiga anak lelaki, Ahmad Firdaus, Ahmad Zachry dan Mohammad Azzidyn. Ñ NAZRULLAH ROSLI






Monday 19 March 2012

DIKENALI & DISENANGI SERTA BERKEPIMPINAN

PELAPIS KEPIMPINAN



KEPIMPINAN ANAK BONGAWAN

DIKENALI & DISENANGI
Dr. Daud Bin Yusof
Jawatan Tertinggi dalam UMNO Parlimen Kimanis: Ketua Penerangan
AJK Bahagian Parlimen Kimanis
BERASAL DARI KG. TENGAH/KG. LAUT BONGAWAN
UCAPAN KETUA PENERANGAN UMNO PARLIMEN KIMANIS
HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN WAKIL RAKYAT N.24 MEMBAKUT
MENGHADIRI PERSIDANGAN UMNO 2011 BERSAMA KEPIMPINAN UMNO PARLIMEN KIMANIS, Puan Saudah Sharzaman (KETUA PUTERI UMNO P.176 KIMANIS), MOHAMMAD ALAMIN (KETUA PEMUDA UMNO P.176 KIMANIS) DAUD YUSOF (KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN PARLIMEN KIMANIS), YB MOHD HJ ARIFFIN HJ. ARIF (NAIB BAHAGIAN UMNO PARLIMEN KIMANIS)
KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PEGAWAI KERAJAAN
LAWATAN KE LUAR NEGARA