Monday, 7 May 2012

HAMBAR LAGI.. UMNO SEMAKIN TIDAK DIPERCAYAI OLEH RAKYAT

Panas: Sambutan 'Hambar' Program PM Di Taman Gelora, Cubaan Adnan Malukan Perdana Menteri!

Susulan pendedahan kami berkenaan sambutan hambar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap program yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia di Taman Gelora pagi semalam, maka ramailah yang menuduh kenyataan itu hanyalah fitnah dan spekulasi semata-mata. Namun, dari gambar yang dipaparkan itu membuktikan sebaliknya. Hambar, bukan bermakna tidak ada langsung orang yang datang tetapi ia menunjukkan program itu gagal mendapat sambutan. Mereka yang ramai hadir hanyalah yang dipaksa oleh kerajaan menerusi pekeliling tertentu. Bagi menunjukkan lebih ramai yang hadir maka seperti biasa para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan. Adalah lebih elok para pelatih PLKN itu dibenarkan memakai baju "casual" agar tidak nampak sangat mereka pelatih. Namun, akibat kealpaan penganjur maka mereka semua dipaksa memakai baju PLKN yang membuktikan merekalah yang telah meramaikan hadirin yang menyambut Najib Razak pagi semalam. Soalnya, ke mana pergi penyokong UMNO BN yang ramai itu. Mana pergi rakyat yang dikatakan sudah mula menyokong kerajaan?. Semua ini membuktikan rakyat sebenarnya sudah muak dan jemu dengan taktik-taktik kerajaan terutamanya UMNO yang memaksa rakyat hadir termasuk memberi gula-gula kepada mereka. Apapun, sambutan yang diberikan kepada Najib semalam jelas sekali memalukan Kerajaan Negeri Pahang. Mana mungkin, pentadbiran Adnan Yaakob tidak menjemput rakyat untuk hadir berbondong-bondong ke program PM. Justeru, PDO cuba membongkarkan rahsia semua ini bagi bolehkan rakyat Pahang seantero dunia untuk menilainya.

Sambutan Hambar, Cubaan Adnan Malukan Najib

Umum mengetahui dan kini memang kecoh diperkatakan riwayat politik Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang akan berakhir selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jika tidak pun dikalahkan oleh Pakatan Rakyat, khidmat Adnan juga akan berakhir jika UMNO BN masih berkuasa di negeri ini. Berita panas itu kini sudah heboh diperkatakan oleh rakyat terutamanya penyokong UMNO BN sendiri. Mereka terkejut dengan isu Adnan akan dipindahkan bertanding di parlimen pada PRU ini. Pada pilihanraya terdahulu, senario yang sama berlaku namun Adnan tetap kekal sebagai MB dan bertanding di DUN Pelangai. Namun, kini senarionya berbeza kerana Najib tidak mahu lagi khidmat Adnan di Pahang. Najib khabarnya akan menggantikan Adnan dengan proksi beliau. Antara nama yang paling kanan ialah Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Rompin). Adnan pasti melenting dengan maklumat ini, namun beliau sudah tahu dan sudah menjangkakan semua ini akan berlaku sebenarnya. Najib tidak mahu Adnan kerana beliau adalah orang Pak Lah. Sama seperti Khairy Jamaluddin, Adnan harus dipindahkan jika Najib mahu orangnya menguasai Pahang selepas ini. Lantaran itulah, Adnan dikatakan tidak "sebulu" dengan Najib sejak dua menjak ini. Banyak program-program rasmi kerajaan yang melibatkan Najib akan diboikot oleh Adnan. Malah, kahabarnya Adnan cukup kecewa apabila dengar ada mana-mana pemimpin UMNO Pahang berjumpa Najib. Beliau melenting jika ada aduan itu, malah pemimpin terbabit pasti akan diambil tindakan. Paling menarik, Adnan terpaksa berjumpa dengan beberapa orang penduduk Cameron Highlands di Kuantan baru-baru ini, selepas mereka mengertak untuk berhimpun dan berkemah di depan pejabat PM Najib Razak di Putrajaya.


Jamaluddin Jarjis dijangka menggugat Adnan sebagai MB selepas PRU ini
nasib Adnan di Pahang kini bagaikan telur dihujung tanduk sebenarnya
Walhal, sebelum ini sudah lebih dua tahun penduduk terbabit merayu untuk bertemu Adnan. Semuanya ditolak dengan bermacam-macam alasan. Adnan amat takut kepada Najib, maka itulah beliau rela bertemu penduduk terbabit di Kuantan. Kini, Adnan tersepit sama ada mahu menyembah Najib atau "pihak istana"?. Bagi Adnan dalam Pahang beliau hanya tunduk kepada "istana" dan tidak kisah dengan rakyat atau dalam UMNO sendiri. Namun, beliau harus ingat hubungan Najib dengan istana lebih kukuh dan erat dari beliau. Tambahan pula Najib adalah Ahli Parlimen Pekan. Maka itulah ada yang mendakwa, sambutan hambar semasa kunjungan Najib ke Taman Gelora pagi semalam adalah satu percubaan Adnan untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia itu.

[Apakah fenomena ini benar, hanya Adnan dan orang-orangnya sahaja yang dapat menentukan. Namun, ramai yang tahu hubungan Najib dan Adnan memang tidak berapa rapat seperti yang disangkakan. Mereka hanya rapat ketika berhadapan dengan media. Adnan marah kerana Najib mahu menggugat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Baginya, beliau masih belum puas untuk memerintah dan memperkayayakan suku-sakat, ahli keluarga dan kronsi-kroninya dengan segala hasil mahsul negeri ini. Lantaran itulah, Adnan masih mahu berada ditampuk kuasa selepas PRU-13. Ada yang mendakwa Adnan akan bertanding di Parlimen Kuantan, Indera Mahkota atau pun Paya Besar pada kali ini. Sementara itu Jamaluddin Jarjis pula akan bertanding di DUN Muadzam Shah menggantikan tempat Maznah Mazlan untuk membolehkan beliau menjadi MB Pahang. Bukti jelas senario ini ialah apabila Najib mengarahkan Setiausaha Politiknya, Suffian Awang (Ketua Pemuda UMNO Kuantan) menjadi "Care Taker" bagi Parlimen Rompin sejak JJ diangkat menjadi Duta Besar ke Amerika Syarikat dulu. Malah, Suffian juga khabarnya akan bertanding di Parlimen Kuantan menentang Fuziah Salleh kali ini. Maknanya Najib sedang mencaturkan orang-orangnya di Pahang, tanpa Adnan sedari. Nantikan pendedahan seterusnya, bagaimana Najib pula cuba malukan Adnan dalam isu Lynas. Apapun Adnan harus sedar, kedudukannya terancam bukan kerana pembangkang tapi UMNO sendiri].

No comments:

Post a Comment