Monday, 7 May 2012
PECAH REKOD
Hebat: Rosmah Pecah Rekod Isteri PM Terdahulu, Berjaya Perolehi Dua Anugerah Dalam Satu Masa!
Ramai rakyat Malaysia pasti terkejut apabila mengetahui Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu program makan malam Majlis Anugerah Industri Sukan Negara di Menara Kuala Lumpur malam tadi. Mungkin dek kerana Rosmah penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) maka beliau diberi anugerah itu. Tambahan pula beliau adalah tetamu yang merasmikan majlis tersebut. Persoalannya sekarang, apakah Rosmah Mansor layak untuk menerima anugerah sehebat itu?. Sedangkan beliau baru saja terlibat dengan industri terbabit kira-kira beberapa tahun lalu selepas suaminya Najib Razak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Apapun, itulah Rosmah. Sesiapa saja yang mempelawa beliau menjadi tetamu jemputan rasmi untuk sesuatu majlis maka mereka perlu memberi anugerah yang sesuai untuknya. Jika tidak, Rosmah pasti tidak akan hadir ke majlis tersebut agaknya. Namun, dari risikan yang diterima memang begitulah fenomenannya. Rosmah nampaknya kian berkuasa di Malaysia, mengalahkan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu. Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga telah pun dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.
Tokoh Industri Sukan Negara 2o12, Rosmah sedang bermain badminton
sambil disaksikan oleh suaminya Najib Razak dan lain-lain pemimpin
[Dengan kejayaan ini, makanya Rosmah Mansor berjaya mendapat dua pengikhtirafan yang besar pada hari semalam. Ijazah Kehormat dan Tokoh Industri Sukan 2012, sesuatu yang jarang berlaku kepada mana-mana isteri pemimpin negara terdahulu. Soalnya, sekarang apakah rakyat bersetuju dengan anugerah yang diterima oleh Rosmah Mansor itu agaknya, Ramai yang melihat beliau sebenarnya belum layak untuk menerima anugerah terbabit. Cuma, mungkin dek kerana melihat sikapnya sebegitu maka ramai pihak cuba mencari jalan untuk mendekati dan meraih populariti dengan Rosmah Mansor. Maka itulah kemungkinan besar selepas ini akan banyak lagi anugerah baru bakal diperkenalkan dan dihadiahkan kepadanya. Apapun, rakyat masih tertunggu-tunggu bilakah Najib akan anugerahkan gelaran Senator kepada Rosmah untuk membolehkan beliau mengambil alih jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kini dipangku oleh suaminya, Najib].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment