Memalukan: "Melayu Muda Lupa", Najib Tersalah Raikan Sambutan Ulang Tahun Parti UMNO Baru !
Ramai pihak terutamanya veteran UMNO amat terkejut dengan sambutan ulangtahun ke-66 parti itu yang diadakan di Stadium Bukit Jalil
malam tadi. Sambutan yang khabarnya dipenuhi dengan lebih 100,000 ahli
UMNO dari seluruh negara itu dilihat bercanggah dengan tema sambutan
berkenaan sebenarnya. Malah mereka juga mempertikaikan kewajaran
penganjur menggunakan logo sambutan yang tertera 66 tahun UMNO.
Persoalannya sekarang, benarkah sambutan tersebut adalah bagi
mengingati UMNO sejak penubuhannya pada tahun 1946 lalu?. Bukankah UMNO
yang ada hari ini ialah "UMNO Baru" yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Bukankah UMNO baru diwujudkan selepas UMNO yang asal (1946) telah
diharamkan oleh mahkamah?. Ini bermakna UMNO baru adalah parti yang
wujud pada tahun 1988 selepas krisis kepimpinan antara Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu. Gara-gara perebutan jawatan Presiden UMNO yang
penuh dramatik dan cukup kontroversi hingga menyebabkan parti itu
diharamkan oleh mahkamah. Soalnya, apakah kewajaran Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengadakan sambutan ulangtahun ke 66 UMNO malam tadi. Jika ditanya
kepada orang-orang lama, mereka ternyata tidak mengikhtiraf UMNO yang
ada hari ini. Bagi mereka perjuangan pemimpin UMNO terdahulu adalah
berpaksikan kepada huruf jawi "Alif, Ba, Ta" yang bermaksud "Alif = Agama", "Ba = Bangsa" dan "Ta = Tanahair".
Sebab itu pemimpin terdahulu tidak bermewah-mewah dan mengumpul harta
untuk kekayaaan peribadi mereka. Tetapi UMNO sekarang sudah jauh
terpesong. UMNO baru yang diasaskan oleh Mahathir ternyata bertuhankan "kuasa dan wang".
Siapa yang dapat jawatan, maka matlamat mereka adalah untuk mengumpul
kekayaan sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau pun proksi
masing-masing. Hatta, Ketua Cawangan UMNO
sekali pun maka mereka akan bermewah-mewah dan mengaut berbagai projek
untuk mengenyangkan tembolok masing-masing. Perjuangan asal UMNO sudah
lari dari matlamatnya. Laungan berjuang untuk "Agama, Bangsa dan Negara"
hanyalah retorik politik mereka untuk menghalalkan cara. Mereka
merompak segala hasil mahsul kekayaan negara, masing mengumpulk
kemewahan duniawi. Mereka hanya akan kembali kepada rakyat apabila
menjelangnya sesuatu pilihanraya. Ketika itu, barulah mencanangkan
kononnya UMNO pembela rakyat dan sebagainya. Hakikatnya, mereka semua
membela "periuk nasi"
masing-masing. Itulah bezanya UMNO dulu dan UMNO sekarang (baru). Maka,
sambutan ulangtahun UMNO yang diadakan malam tadi sebenarnya telah
tersalah tema. Sepatutnya mereka raikan UMNO 24 tahun (1988-2012) dan bukan 66 tahun (1946-2012).
Lebih 100,000 hadir ke sambutan ulangtahun UMNO malam tadi apakah
mereka ahli atau pelajar-pelajar IPT dan PLKN yang dipaksa untuk hadir
Lebih 100,000 hadir ke sambutan ulangtahun UMNO malam tadi apakah
mereka ahli atau pelajar-pelajar IPT dan PLKN yang dipaksa untuk hadir
[Melihat
kepada sambutan hangat rakyat kepada ulangtahun UMNO di Stadium Bukit
Jalil malam tadi, maka ia memungkinkan kita untuk mendengar beliau
umumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat ini. Hangat
diperkatakan parlimen bakal dibubarkan pertengahan bulan Mei ini dan
pilihanraya umum ke-13 bakal diadakan seawal bulan Jun 2012 iaitu
ketika musim cuti persekolahan nanti. Malah, ada maklumat mengatakan
petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sudah dipanggil
untuk taklimat terakhir hujung bulan ini. Apakah ini petanda pilihanraya
akan berlangsung pada awal Jun ini. Segalanya terletak ditangan Najib
dan Rosmah. Beliau harus berani untuk membuat keputusan jika terfikir
begitu ramai rakyat hadir menyokongnya malam tadi. Apa lagi yang mahu
ditakutkan sekarang?. Pilihan terletak ditangannya. Keraguan rakyat
terhadap Daftar Pemilih SPR sudah pasti akan dipejamkan mata begitu
saja demi mencapai matlamat untuk terus mengekalkan kuasanya].
No comments:
Post a Comment