Monday, 7 May 2012

PEMBERIAN WANG UNDI BUKAN PENIPUAN

TIDAK ADA PENIPUAN DALAM PILIHANRAYA?

Kenyataan Tun Mahathir bahawa di negara ini tidak pernah berlaku penipuan dalam proses pilihanraya, agak tidak tepat kerana dalam sejarah ada sudah beberapa kes yang dibawa ke mahkamah kerana wujud keraguan dalam proses pilihanraya yang berlangsung. Di Sabah, mantan ketua menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee adalah antara yang dilucutkan kemenangannya di Likas kerana wujud masalah pengundi hantu.Apakah itu bukan satu penipuan? Bagaimana dengan pemberian wang ketika masa berkempen? apakah itu juga bukan penipuan?

“Kalau benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar? Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya ada yang hanya menang tipis,”.
“Kalau ada penipuan, maknanya bodoh sungguhlah kerajaan BN nak tipu pun tak pandai,” – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu di Kuala Terangganu pada Khamis.
Bekas Perdana Menteri Malaysia itu berkata, dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di Malaysia, sehingga mengundang bantahan daripada pembangkang sama sekali tidak wujud.
Pendedahan Tun Dr. Mahathir itu mendapat sokongan kuat daripada Gabungan Anak-anak Peribumi Pedalaman Sabah (Peribumi), yang berkata dakwaan pembangkang itu semata-mata untuk merayu simpati daripada rakyat.
“Proses kiraan dilakukan di pusat mengundi yang turut disaksikan oleh wakil parti masing-masing, bagaimana boleh tipu,” Peribumi memberitahu dalam satu kenyataan di Keningau.
Ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk “Cabaran Umat Islam Masakini; Persepsi dan Realiti di Terangganu, Tun Dr. Mahathir berkata;
“Rakyat di Negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodohkan dan diperalatkan oleh pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa’.
Katanya jika rakyat terus menerus terpedaya dengan usaha pembangkang itu, beliau menjelaskan mereka (rakyat) sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian bercanggah dengan ajaran agama. “saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan oleh orang lain,” katanya dan menekankan perbuatan keji seperti rusuhan bercanggah dengan ajaran agama

No comments:

Post a Comment