Sunday, 6 May 2012

MUSA AMAN NAIKAN GAJI PETUGAS AWAM DI SABAH

MUSA AMAN NAIKAN GAJI PETUGAS AWAM DI SABAH

Ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengumumkan berita baik bagi seluruh petugas awam di Sabah apabila kerajaan negeri bersetuju memberikan kenaikan gaji selaras dengan sistem SSM (baru) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib penghujung Mac lalu.

Beliau berkata kerajaan negeri bersetuju dengan kenaikan itu melibatkan 17,151 petugas awam negeri berdasarkan Skim Saraan Malaysia (SSM) baru berkuatkuasa 1 Jan. 
“Implikasi terhadap kewangan negeri ialah RM61,393,936 setahun. Kami berharap dapat membuat pembayaran itu dalam bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini. 
Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata petugas tetap, kontrak dan sementara layak mendapat kenaikan gaji itu. 

Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun mulai 1 Jan.

No comments:

Post a Comment