Ramai
wakil2 rakyat terutama daripada Parti Bersatu Sabah dan UPKO terdiri
daripada orang2 lama sejak tahun 1985. Wakil2 rakyat Sabah yang mewakili
PBS, UPKO atau PBRS sebenarnya adalah wakil2 rakyat daripada PBS;
akibat perpecahan parti itu, maka kini, sebahagian pemimpinnya mewakili
parti2 serpihannya.
Berlainan dengan parti Umno yang menunjangi Bn Sabah, parti yang beribu
pejabat di Kuala Lumpur itu, senantiasa melakukan peremajaan, kecuali
pada kawasan2 tertentu, seperti DUN Senalang, Parlimen Kalabakan,
Semporna, DUN Petagas dan Sulaman serta Pantai Manis.
Pada PRU-13, adalah dijangkakan bahawa Umno akan melakukan peremajaan
kepimpinan. Para pemimpin pelapis terutama daripada pemuda atau mantan
pemimpin pemuda akan dicalonkan bagi meneruskan dan menggalas tugas
kepada rakyat.
Tidak dinafikan dalam parti Umno ada juga wakil2 rakyat yang dikitar
semula, seperti ADUN Kunak, ADUN Balung, ADUN Klias dan MP Beaufort dan
Sipitang.
Apa kah pada PRU-13, parti PBS akan melakukan peremajaan? ramai
penganalisis berkata, jika kawasan2 yang ditandingi PBS kalah kerana
tetap mencalon calon2 lama, bukan kerana penolakan kepada BN, akan
tetapi rakyat menolak calon2 tersebut, kerana telah mual dan muak.
DUN Kedamaian Kota Belud, sebagai contoh, walaupun DUN tersebut agak
selamat bagi calon BN, akan tetapi jika wakil rakyat yang ada
dipertahankan, sukar diramal, apa kah kawasan tersebut boleh
dipertahankan. Demikian juga bagi Dun Inaman, Kiulu atau Tamparuli. Bagi
DUN Sulaman, walaupun kawasan tersebut merupakan wilayah BN, namun jika
wakil rakyat yang ada tetap bertanding, kalaupun boleh menang, akan
tetapi dengan jumlah majoriti yang amat tipis.
Di kawasan Kinabatangan pula, DUN Kuamut- peluang calon Bn berada dalam
kedudukan 50:50, jika dilihat pada trend pengundian tahun 2008. Namun,
bagi kawasan Parlimennya, tidak sukar bagi calon Bn menang, siapapun
yang akan dicalonkan. Fakta yang mendorong kepada faktor kemenangan,
adalah wilayah Sandakan adalah adalah wilayah Ketua Menteri Sabah. Namun
bagi parlimen Sandakan, agar sukar bagi BN mempertahankan kawasan itu,
kecuali jika diletakan calon tempatan dan winnable candidate.
Bagi kawasan Tawau, DUN Merotai, jika diteruskan oleh calon bukan
daripada Umno, maka kawasan tersebut akan terlepas kepada pihak
pembangkang. Faktornya, kawasan tersebut ramai pengungundi mahu diwakili
calon daripada Umno. Bagi Parlimen Tawau, di mana pada PRU-12 dimenangi
BN melalui calon SAPP, kawasan tersebut boleh dimenangi Bn jika Tan Sri
Liew Yun Fah dicalonkan. Manakala DUN Sri Tanjong yang kini diwakili
DAP, akan boleh dirampas, jika PBS memberi laluan kepada komponen BN
yang lain.
Bagi kawasan Kudat, nampaknya hanya DUN Tanjong Kapor tidak selamat
kepada BN, jika kawasan tersebut ditandingi LDP. Sebaiknya kawasan
tersebut ditandingi Umno, kerana majoriti pengundi di kawasan tersebut
mahukan Umno mewakili mereka.
Bagi kawasan Kota Kinabalu, Bn terpaksa melepaskan beberapa kawasan,
kecuali dapat mencalonkan calon2 yang winniable. Kawasan Api-api,
Luyang, Tanjong Aru, Likas, Inanam, Kepayan dianggarkan akan terlepas
daripada BN.
Kawasan Sandakan, semua DUN dan Parlimen akan dimenangi BN, kecuali Parlimen Sandakan.
Pada PRU-13 ada kemungkinan banyak kawasan cina yang terlepas daripada
Bn, jika mengingat trend pengundian tahun 2008 dan PRN Sarawak pada
April,2011.
Kenyataan di atas hanya persepsi semasa dan hanya analisis berasaskan
sentimen. Datuk Musa Aman sebagai pengerusi BN yang berpengalaman
membawa kejayaan kepada Bn Sabah dalam pilihanraya Umum bermula tahun
2004, mungkin ada cara yang tersembunyi untuk mempertahankan kawasan2
yang dimenangi dan mengulangi kecemerlangan seperti pada PRU yang
lalu-lalu.
Semalam di pentutupan Penerangan Perdana Zon 2 yang berlangsung di
Menggatal, menurut Musa, BN akan mampu mempertahankan semua kerusi yang
dimenangi pada PRU-12, dengan syarat, komponen BN terus berkerjasama
secara berpasukan.
Semasa menyempurnakan penutupan Penerangan Perdana itu, dimana teks
ucapannya disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri-DSP Salleh
Said, Musa meneggaskan bahawa hanya kerja berpasukan sahaja boleh
menjamin kemenangan yang cemerlang.
Para pemimpin juga digesa menggunakan berbagai saluran yang ada
terutama, saluran media sosial seperti blog, facebook dan twitter untuk
berhubung dengan rakyat, selain acara turun padang.
Para pemimpin akar umbi digesa memberi penerangan yang terus menerus
kepada rakyat berhubung usaha2 kerajaan yang senantiasa menitik beratkan
pembangunan dan mempertingat martabat rakyat.
Dalam mengurangi beban rakyat, kerajaan telah memberikan batuan BR1M
yang bernilai RM500 bagi isi keluarga yang berpendapatan kurang daripada
RM3,000; pemberian bantuan kepada semua pelajar sebanyak RM100 seorang
bagi pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5; bantuan baucer buku RM200
setiap mahasiswa dan pemberian peruntukan sentuhan kasih sebanyak
RM500,000 bagi setiap DUN dan RM1 juta bagi setiap Parlimen.
Selain itu, kerajaan secara terus menerus membiayai projek2 mendesak
yang diurus olej Jabatan Ketua menteri sabah yang dikendalikan oleh
Pejabat daerah, demi kebaikan rakyat.
Hanya kerajaan yang prihatin sahaja yang meneruskan pembangunan kepada rakyat, yaitu kerajaan BN.